November 27, 2013

SELAMAT PAGIIII ! ! ! !

waaahh lama benar tak jengok blog niee.. 
berserawang terok daah niee..
anyway bz sikit ngn assignment sem niee..
almaklumlaa dah taun akhir kaan..
so serabut laa sikit *sikit keee.. huummph tu yg kita xtaw
stress pown mkin mnjadi2 lately.dah smpai masanya kita kna tangani stress 



nie laa antara cara ntok mengani stress yg mujarab..

BERTERIAK
menangislaah sekuat hati.. sebb cara tuh laa stress akan hilang.. tuuh from my experience laa..

Buat diri kamu tertawa.
the most important to mengatasi stres dengan menonton/membaca sesuatu yang lucu.
so tngok laa RUNNING MAN.. or other movie yg boleyh mnghiburkan hati yg hancur lebur tuuh yea.. hahaha jumm gelak sama2
Minum Susu
Katanya susu dapat mengurangkan stress. Menurut artikel stress yang saya baca, susu dapat mengurangi kadar hormon adrenalin dalam darah. Cara mengasi stres yang sama dengan pepatah 'sambil menyelam sambil minum susu" btw i looike SUSU..

Sabar :
Jika stress menghadapi masalah yang sukar diputuskan “ salah atau benarnya sesuatu “ maka Al-Quran memberi petunjuk “ FA SHABRUN JAMIL “ ( Maka bersabar itu lebih indah ). Dan hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan.

Zikrullah:
Mengingati Allah (Zikrullah) juga termasuk dapat cara mengatasi stres. Dengan mengingat dan mengembalikan segalanya dari dan untuk Allah, maka stres akan dapat diatasi. . Sesuai dengan Al-Quran, “ TATHMAINN AL-QULUB “ ( Mengingat Allah, hati akan tenang ) ( QS. Al-Raad 28 ).
Insya Allah.. selamat mencuba.. :)

February 28, 2013

eksrimmmm Malaysia

haaa.. sapa suka makan eksrim niee.. cepat angkat tngan bagtaw cheq.. 
mesti sedapp kaan3??

eksrimmm niiee laa ae2 ak beli kat umah mak cik kat kmpong ak time kanak2 dulu..
sedapp owwh 

benda yang paling best selain dapat makan eksrim ini adalah ketika ketuk rumah makcik yg menjual eskrim Malaysia ...ketuk pintu dapur pulak tuh..>_<


"cik...aiskrim Malaysia ada tak".


"ada..ada..masukla tgk".

(masuk dapur rumah dy dan bukak peti ais tingkat atas tu sambil RAMBANG MATA tengok tersusun eskrim ni..wahhhhhhh!!! )


"alamak, tapi ada yang belum beku lagi laa"


"tak pa la makcik.saya beli jugak"


PULUN gila ak dulu...balik sekolah jaa mesti nak beli eskrim Malaysia. Dapat yang tak beku lagi pun tetap beli. sekali sedut habis jaa kowt macam minum air ...hahahhaha

Feveret sepanjang zaman adalah perisa asam boi..tapi Milo pun best jugak..tapi oren pun sedap jugak..tapi kan...anggur pun best...sirap bandung pun sedap.....teh ais pun sedap...jagung lagi sedap!! bubur kacang sedapp gakk SEMUA LA WEI!!!

cerita laka laka.. cer baca.. cer baca

Cerita 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Suami : ha???

Cerita 2

Cerita ini bermula apabila seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka yang telah lama dibina.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci ..

Cerita 44

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Cerita 5

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Cerita 6

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi, apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : Pasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Cerita 7

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Cerita 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

Cerita 9

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"

Cerita 10

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya..